DUNIA DIGITAL MENGUBAH KEHIDUPAN KOMUNITI

Pada masa ini, dunia digital berinovasi dengan pantas dan mempengaruhi semua aspek kehidupan kita. Hakikatnya teknologi digital telah menjadi instrumen penting tidak kira dalam kehidupan sosial, hiburan, perniagaan, atau aktiviti lain.

Ianya seperti satu keperluan bagi kita pada hari ini dimana kebanyakan rutin harian akan terganggu tanpa kehadiran teknologi digital. Situasi ini telah membawa kepada perubahan besar dalam model perniagaan industri dan syarikat untuk memenuhi keperluan dan kekal relevan.

Mobilisasi teknologi digital telah mewujudkan kehidupan komuniti yang lebih canggih. Secara positif, ia akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk membina ekosistem digital yang lebih luas dan komuniti yang berdaya saing pada masa akan datang.

OBJEKTIF

MEMBINA KOMUNITI PINTAR

mendidik dan menyebarkan kesedaran tentang faedah - fadeah teknologi digital kepada komuniti untuk digunakan sepenuhnya.

KOMUNITI SELAMAT

mewujudkan persekitaran hidup yang selamat dengan pendigitalan komuniti.

MEMUDAHKAN KOMUNITI

menyediakan pelbagai kemudahan bagi memelihara kebajikan masyarakat.

PROGRAM KOMUNITI PARADISELINX

Program komuniti pertama di Malaysia yang menggabungkan platform pembayaran tanpa tunai dengan skim takaful yang unik serta manfaat yang menarik eksklusif untuk peserta membantu komuniti dalam membina ekosistem perdagangan digital yang lebih luas.

PROGRAM KHIDMAT IMIGRAN

Paradise Linx Sdn Bhd telah dilantik oleh Paradise Data Analytics Sdn Bhd untuk membekal dan menguruskan pendaftaran Kad Prabayar Visa bagi peserta Program Khidmat Imigran

Program Khidmat Imigran telah didaftarkan di MyIPO di bawah Akta Cap Dagangan 1976 dan diwartakan dalam kelas 45 pada 7 Januari 2016

ms_MYMalay